Individu dijangkiti COVID-19 cenderung dapat kanser

Kuala Lumpur, Sep 30.
Kajian awal mendapati, individu sihat dan tidak pernah mempunyai sebarang penyakit, namun dijangkiti COVID-19 lebih cenderung mendapat kanser payudara, kanser usus dan kanser kolorektal berbanding tidak pernah dijangkiti wabak itu.

Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr M Murallitharan, berkata jumlah penyakit kanser lebih tinggi, iaitu mungkin disebabkan kelemahan sistem imunisasi dan penurunan ketara mengesan penyakit kanser ketika negara dilanda COVID-19.

Ketika COVID-19 melanda dunia, memang terdapat penurunan ketara mendiagnos kanser. Sebab dalam tempoh penularan itu, orang yang sakit tidak keluar rumah dan jika ada beberapa simptom mereka senyap sahaja tidak memaklumkannya.

Sebab itu bila dilihat di seluruh dunia kadar kanser yang didiagnos kebarangkaliannya tinggi. Kebanyakannya mengetahui mereka ada kanser ketika sudah berada pada tahap keempat, katanya selepas majlis pelancaran kempen MyPELINDUNG, baru-baru ini. Katanya, menerusi kajian berkenaan pihaknya menilai situasi individu yang sihat kemudian mendapat kanser dan pesakit kanser yang mendapat jangkitan virus itu.

Kita juga melihat kedua-dua situasi itu untuk beberapa tahun, apa yang berlaku kepada mereka selepas dijangkiti wabak berkenaan. Jika diketahui lebih awal, iaitu ketika pada tahap pertama atau kedua, kita masih boleh rawat, namun jika ke tahap tiga atau empat agak susah. Ubatnya juga semakin mahal dan ada beberapa kekangan lain, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here