COVID -19: 19,378 KES BAHARU, SEDIKIT PENURUNAN BERBANDING SEMALAM

Kuala Lumpur, Sept 3-

Sebanyak 19,378 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Jumaat, sedikit menurun berbanding 20,988 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 1,805,382 kes.

Daripada jumlah kes baharu itu, Selangor menunjukkan penurunan kepada 3,613 kes berbanding 4,073 kes semalam.

Bagaimanapun negeri itu kekal penyumbang tertinggi kes harian keseluruhan negara.

Selain itu, tiga negeri merekodkan angka lebih dua ribu iaitu Sarawak (2,464) diikuti Sabah 2,404 kes dan Johor 2,331 kes.

Ia diikuti Pulau Pinang dengan 1,726 kes; Perak (1,389); Kelantan (1,356); Kuala Lumpur (740); Pahang (559); Terengganu (532); dan Melaka 399 kes.

Sementara Perlis dan Putrajaya merekodkan kes baharu dua angka iaitu masing-masing 80 kes dan 41 kes manakala Labuan, hanya empat kes baharu dicatatkan pada Jumaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here