Kota Kinabalu, Sep-
Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 409 orang daripada 110 keluarga pagi ini, berbanding 154 orang daripada 54 keluarga malam tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan 255 mangsa daripada 56 keluarga dipindahkan di Penampang, manakala 154 mangsa daripada 54 keluarga dipindahkan di Beaufort.
Di Penampang, pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin menempatkan 99 orang pelajar, Kompleks Sukan Penampang (95 mangsa, 44 keluarga), Dewan Huguan Siau (34 mangsa, 7 keluarga), dan Sekolah Kebangsaan St Paul Kolopis (27 mangsa, 5 keluarga).
Sementara itu, semua mangsa banjir di Beaufort dipindahkan ke pusat pemindahan kekal (PPK) di Selagon.
“Sebanyak 22 kampung terjejas akibat banjir dengan 14 kampung di Penampang dan lapan di Beaufort,” menurut kenyataan.





















