Warga Myanmar didakwa bunuh penjual buah

Kuala Lumpur, Oct 6.
Seorang buruh warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penjual buah warga emas di sebuah rumah di Taman OUG, Brickfields bulan lepas.

Tertuduh Shofi Husson Fozo Rahman, 26, didakwa membunuh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Atiqah Mohamed kerana kes bunuh Ah Kau @ Yow Chow Chong, 80, pada 6.30 petang,26 Sept lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here