Lelaki maut motosikal langgar kereta parkir

Tampin, Feb 13.
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang dikatakan merempuh sebuah kereta yang diletakkan di hadapan rumah di Jalan Mawar 7, Taman Gemas Indah, Gemas, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman, berkata dalam kejadan kira-kira jam 5 petang itu, lelaki berusia 51 tahun berkenaan dikatakan gagal mengawal motosikal Modenas Kriss ditunggangnya sebelum melanggar sebuah Proton Saga.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah melalui Jalan Mawar 7. Dia dipercayai gagal mengawal motosikal lalu terlanggar bahagian hadapan kereta yang diparkir di depan rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Beliau berkata, penunggang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here