Struktur kondominium runtuh: Lesen APDL pemaju digantung – Zuraida

Beliau berkata sementara menunggu siasatan itu selesai, Lesen Permit Pengiklanan Pembangunan (APDL) pemaju kondominium tersebut akan digantung.

“Sehingga siasatan itu selesai, adalah terlalu awal untuk mengetahui sama ada terdapat pelanggaran prosedur operasi standard dalam insiden berkenaan.

“Maklumat awal yang saya dapat semalam ialah tiada isu dengan tanah, ia sepatutnya siap dalam masa 54 bulan, semuanya dalam keadaan teratur,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Festival Seni Bina Kuala Lumpur 2020 (KLAF2020) di sini.

Zuraida berkata tempoh siasatan akan mengambil masa sebulan, bagaimanapun, KPKT akan meminta NIOSH mempercepatkannya dan satu mesyuarat penyelarasan antara kementerian bersama NIOSH, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta pemaju akan diadakan Isnin ini bagi meneliti semula insiden itu.

Sebahagian struktur kondominium 37 tingkat di Taman Desa, Jalan Klang Lama runtuh dalam kejadian petang semalam.

Dalam insiden itu, dua warga Bangladesh dilaporkan terperangkap di tingkat satu selepas lantai tempat letak kereta di tingkat enam dilaporkan runtuh ketika hujan lebat pada 3.30 petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here