Boleh tutup sekolah tanpa kelulusan PPD jika IPU jerebu lebih 200

Georgetown, Okt 7.
Sekolah boleh ditutup tanpa menunggu kelulusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sekiranya keadaan jerebu semakin teruk dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata pihak sekolah perlu sentiasa memantau kualiti udara dan bacaan IPU melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS). Menurut garis panduan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam usaha menangani situasi jerebu, jika bacaan IPU melebihi 100, tiada sebarang aktiviti luar boleh dilaksanakan di sekolah.

“Jika ia melebihi 200, sekolah akan ditutup dan pembelajaran perlu dilakukan secara dalam talian. Pihak sekolah tidak perlu menunggu kelulusan, namun perlu memaklumkan kepada PPD,” katanya.

Bercakap pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Jeti Chew, di sini hari ini, beliau berkata, pemakaian pelitup muka juga digalakkan di sekolah dan pelajar perlu minum air dengan cukup.Hui Yong turut menasihati ibu bapa agar sentiasa meneliti keadaan kesihatan anak-anak serta mengurangkan aktiviti di luar rumah memandangkan kualiti udara yang kurang baik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here