Marahkan anak saudara, lelaki tusuk guna gunting dipenjara 20 tahun

Putrajaya, Okt 7.
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 20 tahun terhadap seorang penganggur kerana menyebabkan kematian anak saudaranya berusia tiga tahun yang mayatnya ditemukan dengan 56 luka tikaman gunting, lima tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara memutuskan demikian terhadap Goh Jie Keat, 27, selepas menolak rayuannya terhadap hukuman.
Panel itu berpendapat, hakim bicara telah mengguna pakai prinsip undang-undang yang betul ketika menjatuhkan hukuman terhadap lelaki itu.

“Mahkamah telah menimbang keadaan kes serta mengambil kira bahawa mangsa ketika itu masih kanak-kanak,” ujar Hakim Vazeer Alam.

Pada 2 Julai 2018, Jie Kiet pada asalnya didakwa membunuh Serena Yip Pei Yee, tiga tahun 11 bulan, di sebuah rumah di Jalan Kuang Gunung 4, Taman Kepong di antara jam 7 dan 8 malam, pada 18 Jun 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here