Kerajaan bina pusat pemindahan kekal di 9 negeri – Anwar

Kuala Lumpur, Okt 10.
Kerajaan akan membina pusat pemindahan kekal (PPK) di sembilan negeri sebagai tempat kemudahan dan keselesaan kepada mangsa yang ditimpa bencana termasuk banjir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemilihan lokasi adalah berdasarkan persetujuan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

“PPK yang akan dibina sebagai perintis adalah membabitkan sembilan negeri yang sudah dikenal pasti,” katanya dalam jawapan bertulis menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) di Dewan Rakyat.

Katanya, PPK yang dicadangkan juga pada masa ini dibuat dalam kawasan sekolah yang ditimpa bencana.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here