Cheras catat IPU paling tinggi pagi ini

Kuala Lumpur, Okt 10.
Sebanyak empat kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan Cheras merekodkan bacaan 169, yang tertinggi

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, kawasan yang turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat adalah Batu Pahat, Johor (158), Bukit Rambai, Melaka (156) dan Larkin, Johor (137).

APIMS turut mencatatkan bacaan IPU di 60 stesen lain pada tahap sederhana dan hanya empat kawasan Keningau, Sandakan, Kota Kinabalu dan Kimanis di Sabah mempunyai kualiti udara yang baik.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata jika jerebu berterusan dan keadaan kualiti udara semakin merosot, iaitu bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) antara 151 hingga 200 melebihi 24 jam, kementerian melalui METMalaysia bersedia untuk melakukan Operasi Pembenihan Awan.

jam 9 pagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here