Ahli keluarga kakitangan Kedutaan Malaysia di Lubnan diarah pulang

Kuala Lumpur, Okt 16.
Kerajaan mengarahkan semua ahli keluarga kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan, kembali ke tanah air sehingga keadaan keselamatan membenarkan, berikutan kawasan selatan negara itu turut diserang Israel.

Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata keputusan itu diambil sebagai langkah proaktif kerajaan memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di negara terbabit menjadi keutamaan.
“Bagaimanapun, Kedutaan Besar Malaysia akan terus beroperasi seperti biasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wisma Putra berkata, kerajaan mengarahkan kedutaan yang berpangkalan di Beirut mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan kawasan di Selatan Lubnan turut menjadi serangan Israel.

Katanya, ada seramai 12 rakyat Malaysia yang bermastautin di Lubnan dan Kedutaan Besar Malaysia di Lubnan sudah berhubung rapat dengan mereka.

“Dalam keadaan semasa, warga Malaysia disaran agar menangguhkan perjalanan yang tidak penting ke Lubnan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here