ADUN jangan guna bahasa kasar, perangai tak bertamadun Sultan Selangor Bertitah

Shah Alam, Okt 19.
Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor berdebat dengan sopan dan mengelakkan sikap tidak bertamadun dalam persidangan Dewan.

Sultan juga menitahkan agar Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) meneruskan kesinambungan mereka yang menggalas jawatan itu sebelum ini untuk mengendalikan persidangan Dewan dengan adil, lancar dan tidak berat sebelah.

Menurut kenyataan Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin bertitah demikian ketika menerima menghadap Speaker DUN Selangor, Lau Weng San di Istana Bukit Kayangan, di sini.

“Pada pertemuan itu, baginda menitahkan agar Weng San meneruskan kesinambungan speaker DUN terdahulu dalam mengendalikan perjalanan sidang Dewan dengan adil, lancar dan tidak berat sebelah.

“Baginda juga mahu agar suasana perdebatan ketika sidang Dewan, berlangsung dengan tertib dan mengikut peraturan tanpa dicemari dengan penggunaan bahasa kasar dan tidak sopan serta perangai-perangai yang boleh dianggap sebagai tidak bertamadun.

“Baginda turut memuji dan memberi penghargaan kepada speaker-speaker terdahulu daripada DAP yang dilantik sejak 2008, yang berjaya mengawal keadaan setiap kali sidang berlangsung,” menurut kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here