Guru ditahan kerana kes palsukan dokumen

Shah Alam, Okt 19.
Seorang guru tuisyen ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan kes menyediakan dokumen penyata akaun bank yang mengandungi butiran palsu.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 22 Oktober dikeluarkan Majistret Sasha Diana Sabtu, susulan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di sini.

Lelaki berusia lingkungan 40-an terbabit ditahan jam 7.10 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai bersubahat dengan seorang pengarah syarikat menyediakan dokumen penyata bank yang mengandungi butir matan palsu, empat tahun lalu.

Pengarah syarikat berkenaan berusia 30-an lebih awal ditahan, kira-kira jam 3.30 petang semalam di pejabat SPRM Selangor ketika lelaki terbabit hadir memberi keterangan.

Difahamkan, dokumen dipalsukan itu bagi memenuhi syarat penilaian kewangan ketika menyertai perolehan secara sebut harga pada 2019. Projek terbabit melibatkan kerja-kerja perkhidmatan pembersihan dan penyelenggaraan landskap sebuah bangunan berjumlah lebih RM170,000.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here