Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal landa 11 negeri

Kuala Lumpur, Okt 19.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang di 11 negeri hingga jam 5 petang ini.

METMalaysia dalam hantaran melalui Facebook memaklumkan, cuaca itu diramalkan melanda seluruh Perlis, Pulau Pinang serta Perak, selain beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.

Di Kedah, ia membabitkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang); Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu); serta Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan dan Rompin).

“Di Selangor pula membabitkan kawasan Hulu Selangor dan Gombak, manakala Johor pula Segamat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi serta Johor Bahru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here