Lelaki ceroboh, mengamuk pecah patung kuil ditahan

Taiping, Okt 19.
Polis menahan seorang lelaki yang menceroboh dan mengamuk dengan memecahkan patung milik sebuah kuil di Matang dekat sini pada Rabu.

Dalam kejadian sekitar jam 9.01 pagi itu, suspek berusia 23 tahun telah ceroboh masuk kawasan Kuil Sri Mangala Nayagi Amman dan memecahkan sebuah patung yang didirikan depan dengan menggunakan tukul. Kuil itu difahamkan sebuah kuil yang didirikan 147 tahun dahulu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, bertindak atas maklumat, tangkapan dibuat terhadap suspek di rumahnya di Matang.

“Polis merampas dua objek iaitu tukul yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

“Permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Taiping untuk melengkapkan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here