Pelawat Genting Highlands bakal dikenakan kutipan tol

Shah Alam, Okt 20
Kutipan tol bakal dikenakan terhadap pemandu yang berkunjung ke kawasan pelancongan tanah tinggi, Genting Highlands tidak lama lagi.

Jurucakap Lingkaran Cekap Sdn Bhd berkata, syarikat itu akan mengendalikan tol, namun pemandu hanya dikenakan bayaran semasa ke Genting Highlands dan bukan ketika menuruni kawasan tanah tinggi tersebut.

Lingkaran Cekap bertanggungjawab terhadap jalan di Genting, termasuk cerun, tanah runtuh, membersihkan pokok tumbang, memotong rumput, sistem kumbahan serta lampu jalan, dan paling penting menyelenggara jalan.

Genting Malaysia Berhad (Genting Malaysia) menyelenggara jalan di tanah tinggi sejak membinanya pada pertengahan 60-an, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here