Sewa bilik sangkar burung – PBT diarah periksa bangunan

Kuala Lumpur, Okt 20.
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan mengarahkan semua 150 pihak berkuasa tempatan seluruh negara untuk melakukan pemeriksaan bangunan bagi mengekang perniagaan bilik sewa ‘sangkar burung’ yang mengundang risiko kebakaran.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pemeriksaan akan dilakukan secara menyeluruh termasuk di kawasan rumah flat dan apartmen di bandar terutama di 20 bandar raya yang dikenal pasti berlakunya perniagaan sebegitu.

Serbuan mengejut hari Khamis ini menghantar mesej yang sangat jelas kepada semua pihak seperti bongkah ais di mana hanya hujungnya nampak di permukaan air.

Oleh kerana itu, mulai hari ini semua PBT akan memeriksa bangunan-bangunan yang didapati berisiko mengundang bahaya kebakaran, katanya ketika sidang akhbar selepas serbuan di Cheras di sini pada Khamis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here