PM perlu campur tangan isu petani diusir di Parlimen Tambun

Johor Bahru, Okt 26.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu perlu campur tangan menghentikan operasi memusnahkan tanaman petani di Kanthan, Tambun, Perak.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, mereka wajar menyelesaikan isu petani-petani tidak bertanah itu yang berlaku di kawasan yang diwakili Anwar sendiri sebagai Ahli Parlimen Tambun.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) berkaitan keterjaminan makanan menyeru Kerajaan Madani supaya memberikan tanah kepada mereka dan juga petani-petani yang tidak bertanah di seluruh negara untuk menghasilkan tanaman makanan.

“Petani-petani itu menghasilkan 60 tan sayur sehari untuk rakyat. Mereka menanam jagung, bayam, sawit, belimbing dan daun bawang di kawasan seluas 25 ekar.

“Usaha produktif petani-petani tersebut sepatutnya disokong oleh kerajaan, sama ada kerajaan Pusat ataupun kerajaan negeri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here