Polis didakwa pukul ibu mentua

Kuala Lumpur, Okt 27.
Seorang anggota polis berpangkat sarjan didakwa di Mahkamah Majistret hari ini kerana

Bagaimanapun, P. Hemaath Kumar, 35, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemuka di hadapan Majistret Atiqah Mohamed.

Mengikut pertuduhan, anggota polis itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap wanita itu dengan memukul menggunakan tangan di sebuah rumah di Bandar Baru Sri Petaling di sini, jam 9.20 malam, 25 Jun lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

ibu mentuanya berusia 63 tahun, empat bulan lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here