Iklan ‘rasis’ cetus kontroversi, Big Pharmacy mohon maaf

Kuala Lumpur, Okt 27.
Big Pharmacy memohon maaf selepas iklannya yang dikatakan mengejek kaum India menerima kecaman di media sosial.

Wakil syarikat farmasi itu berkata, Big Pharmacy “sentiasa komited pada keterangkuman dan hormat”.

“Kami mengiktiraf sifat kandungan ini yang menyakitkan hati dan menyinggung perasaan. Kami bertanggungjawab sepenuhnya atas kelemahan usaha wajar kami,” kata seorang wakil syarikat itu kepada FMT.

“Kandungan ini bertentangan dengan nilai kepelbagaian dan keterangkuman (yang kami amalkan) dan kami telah mengambil langkah segera untuk menanganinya secara dalaman bagi memastikan situasi sebegini tidak berulang.”

Dalam video tersebut, yang kini telah diturunkan, seorang pempengaruh memakai pakaian “India” memainkan watak seorang pekerja farmasi di kaunter, yang mengimbas barangan menggunakan “bindi” yang dilukis di dahinya dengan pen penanda.

Video itu yang menjadi tular dikritik di media sosial kerana disifatkan rasis dan menyinggung terhadap agama Hindu.

“Siapa yang benarkan video ini diterbitkan? Sangat mengejutkan apabila ramai orang membenarkan video ini dibikin dan menghina salah satu aspek paling penting dalam agama (Hindu) untuk menjual (barangan),” kata seorang pengguna .

“Sangat tidak boleh diterima. Ini (kandungan) jenama. Apa yang klien itu fikir?” tanya pengguna itu. -FMT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here