Bekalan bawang di pasaran cukup – Timbalan menteri

Kuala Lumpur, Nov 10.
Bekalan bawang di pasaran dalam negara ketika ini mencukupi dan stoknya masih mampu bertahan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.

Beliau berkata, susulan tindakan India yang mengehadkan eksport bahan itu, kerajaan sedang berusaha mendapatkan bekalan bawang dari beberapa negara lain walaupun ketika ini bekalan dalam negara masih belum terjejas.“Setakat ini tidak ada masalah (bekalan bawang) sebab kita masih ada stok lama dan kita juga sedang mencari sumber daripada negara pengeluar-pengeluar lain selain India.

Rasa stok bawang sedia ada akan dapat bertahan untuk tempoh lama kerana daripada maklum balas industri, mereka memaklumkan tidak mengalami masalah dalam mengawal stok, katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023 di Lulu Hypermarket.

Beliau mengulas tindakan India yang mengehadkan eksport bawang dengan mengenakan harga eksport minimum USD800 satu tan, berkuat kuasa 29 Okt hingga hujung tahun ini.

Kementerian Hal Ehwal Pengguna India sebelum ini memberitahu langkah itu diambil untuk memastikan bekalan bawang yang mencukupi bagi pengguna domestik pada harga berpatutan berikutan kuantiti stok bawang daripada musim tanaman 2023 semakin berkurangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here