Makkal Sakti diberi tempat bertanding PRU15, kata Zahid

Presiden Parti Makkal Sakthi RS Thanendran berkata gabungan Barisan Nasional (BN) perlu inklusif dan perlu terbuka kepada semua parti politik yang mempunyai idealogi politik yang sama. Makkal Sakthi sedang bekerjasama dengan pihak dari BN dalam usaha mendaftar parti itu sebagai komponen BN.

Sebelum ini, Makkal Sakthi dikenali sebagai ‘BN Friendly’ atau ‘Mesra BN’ selama 13 tahun. Seperti kata timbalan pengerusi BN Mohamad Hasan sebelum ini, BN perlu inklusif. Ia perlu terbuka kepada semua parti politik yang mempunyai idealogi politik yang sama. Semua orang perlu diberi peluang untuk memainkan peranan masing-masing.

Tidak boleh dikuasai parti tertentu sahaja. Masih terdapat ruang yang luas di BN. Cukup untuk semua orang, katanya. Buat masa ini, BN dianggotai empat parti masing-masing Umno, MCA, MIC dan PBRS. Di bawah konsensus BN, semua parti komponen perlu bersetuju untuk mendaftar masuk anggota baru.

Sebelum Zahid berucap, Thanenthiran terdahulu dalam ucapannya telah meminta pengerusi BN itu memberikan peluang kepada calon-calon daripada parti Makkal Sakti bertanding pada PRU15. Dalam pada itu, Zahid menegaskan BN mahu menjadi kerajaan semula dan merampas semua kerusi dalam PRU15 dan disebabkan itu, BN perlu menguatkan kedudukan gabungan parti itu.

Sementara itu, Thanenthiran pada sidang media selepas perasmian itu berkata, pengumuman daripada Zahid untuk memberi peluang kepada calon Makkal Sakti bertanding pada PRU15 amat dinanti-nantikan sekian lamanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here