Cadangan wujudkan gred tunggal beras putih dibincang

Kepala Batas, Nov 17.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian utama berhubung cadangan Gabungan Pengilang Beras Malaysia yang meminta kerajaan mewujudkan hanya satu gred tunggal untuk beras putih.

Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata pihaknya menerima setiap cadangan yang dikemukakan dan akan membuat keputusan selepas berbincang mengenainya untuk tindakan lanjut.

Katanya, perbincangan akan membabitkan sekurang-kurangnya empat kementerian termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“…kita berusaha untuk menyelesaikan masalah beras yang sedang berjaya kita tangani dan akan pulih sepenuhnya, sama seperti isu ayam serta telur ayam,” katanya mengulas cadangan Gabungan Pengilang Beras Malaysia meminta kerajaan mewujudkan hanya satu gred tunggal beras putih dan tidak perlu lagi melabelkannya dengan Beras Putih Tempatan (BPT) dan Besar Putih Import (BPI) seperti kelaziman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here