Kurang ambil gula, badan sihat dan dapat berjimat

 

Kuala Lumpur, Nov 14.
Kenaikan harga gula, sekiranya dilaksanakan, boleh digunakan pengguna sebagai pendorong untuk mengurangkan pengambilan bahan itu dan minuman manis, seterusnya dapat menjimatkan perbelanjaan.

Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin, berkata gula bukan keperluan asas untuk manusia, malah tidak tersenarai dalam piramid makanan.

Cuma sekarang, disebabkan corak pemakanan kita yang kurang sihat dengan kewujudan makanan viral seperti manisan yang kurang sihat, maka kita sudah ketagih, sedangkan makanan dan minuman manis boleh menyebabkan penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis.

Sekiranya harga gula dinaikkan, pengguna perlu lebih berwaspada dengan corak pemakanan, perlu belajar mengurangkan gula dalam pemakanan seharian kita supaya dapat mencegah penyakit. Jika harga gula naik, tidak mustahil harga minuman akan turut naik dan dalam hal ini, pengguna perlu bijak berbelanja,katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here