Dr Siti Mastura selesai beri kenyataan polis

Kuala Lumpur, Nov 14.
Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad, menyerahkan kepada polis untuk menyiasat laporan berhubung kenyataannya mengaitkan pemimpin DAP dengan ketua Parti Komunis Malaya Chin Peng dan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Peguam, Ahmad Amzar Ahmad Azlan berkata, mereka memberi kerjasama penuh kepada polis bagi membantu siasatan berhubung laporan yang dibuat ke atas anak guamnya.

Kami dipanggil ke Bukit Aman berkenaan satu ucapan pada majlis kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Kemaman, dan kita beri kerjasama dan jawab semua soalan.

Kami sudah memberi bahan-bahan rujukan yang kita kumpul dan serahkan kepada pihak polis sama ada relevan, berkait atau tidak kita serah kepada polis untuk siasat, katanya ketika ditemui selepas selesai dirakam percakapan di Bukit Aman, di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here