Nibong Tebal , nOV 15
Seorang pemandu bas kilang ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan di jalan raya dekat sini pada Selasa selepas didapati memandu dengan lesen yang sudah tamat tempoh sahnya 12 tahun lepas.
Pemandu berusia 48 tahun dari Karangan, Kedah itu antara yang ditahan menerusi Ops Patuh Bersepadu Kenderaan Perkhidmatan Awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang di Valdor, petang tadi.
Ketika ditahan, dia membawa 33 penumpang pekerja warga asing dalam perjalanan dari sebuah kilang di Batu Kawan menuju ke asrama pekerja terbabit di kawasan Valdor.
Lelaki itu mendakwa wangnya sudah habis membayar saman sebelum ini menyebabkan dia tidak memperbaharui lesen dan masih mempunyai lima lagi saman yang belum dijelaskan selain mendakwa hanya menjadi pemandu gantian dan dibayar RM30 sehari untuk satu perjalanan.




















