Bayaran PTPTN kini dalam talian

Kuala Lumpur, Nov 15.
Potongan gaji pekerja bagi tujuan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang sebelum ini diuruskan secara manual boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui Portal Majikan Online.

PTPTN dalam satu kenyataan, memaklumkan perkhidmatan dalam talian berkenaan juga boleh digunakan untuk penabungan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Perkhidmatan dalam talian memberi kemudahan platform kepada majikan dengan proses pengesahan dan semakan data yang lebih mudah dengan proses keseluruhan potongan gaji dilaksanakan secara digital, menurut kenyataan itu di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Eksekutif PTPTN Dasuki Abdul Majid dalam kenyataan sama dipetik sebagai berkata Portal Majikan Online merupakan satu agenda pendigitalan ke arah perkhidmatan yang lebih cekap dan efisien.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here