ohor Bahru, Nov 21.
Kes penderaan kanak-kanak di negara ini menunjukkan aliran peningkatan yang membimbangkan sejak dua tahun lalu. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata ia berikutan kes penderaan kanak-kanak dilaporkan di negara ini pada tahun lalu, meningkat kepada 6,740 kes berbanding 6,144 kes pada 2021.
Beliau berkata, sebanyak 5,216 kes penderaan kanak-kanak pula diterima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat Ogos lalu dan ia amat membimbangkan.
“Angka penderaan kanak-kanak perempuan merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 3,348 orang manakala kanak-kanak lelaki seramai 1,868 orang.
“Semakin hari, semakin banyak kes penderaan yang dilaporkan. Berbanding tahun sebelumnya jumlahnya meningkat.
“Kes bertambah disebabkan orang ramai kini semakin peka dan sedar melaporkan penderaan yang berlaku di sekitar mereka berbanding sebelum ini.”Selain itu, media sosial juga membantu sesuatu kes penderaan itu diketahui lebih cepat, secara tidak langsung mereka dapat kes dapat dilaporkan dengan cepat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan 2023 di sini, semalami.