Polis nafi terowong Genting Sempah runtuh dalam video tular

Kuala Lumpur, Nov 27.

Polis menafikan berlaku tanah runtuh di pintu masuk ke Terowong Genting Sempah seperti mana dipaparkan dalam sebuah video tular.

Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar, berkata video itu tular di media sosial sejak semalam dan dipercayai kejadian tanah runtuh tersebut berlaku di luar negara.

Rakaman dalam video itu tidak berlaku di kawasan Genting dan saya pernah melihat video tersebut sebelum ini.

Kalau dilihat Terowong Genting Sempah memang jelas di pintu masuk dan keluar laluan kenderaan terpampang gambar Yang di-Pertuan Agong (Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah),” katanya.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial yang berdurasi 50 saat memaparkan berlaku tanah runtuh di hadapan pintu masuk sebuah terowong laluan kenderaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here