Di mananya Kuhan Raj?

Kuala Lumpur, Nov 28.
Oleh kerana ditegur oleh ibu kerana memakai basikal orang lain seorang budak lelaki lari dari rumah.

Budak yang bernama Kuhan Raj A/L Loganathan berumur 14 tahun keluar dari rumahnya dengan perasaan marah pada Jumaat lalu masih tak balik ke rumahnya. Ibu Kuhan, Saratha (40 tahun) membuat laporan polis mengenai perkara itu.

Kejadian ini berlaku di Setapak. Ibu Kuhan Raj berkata anaknya Kuhan Raj bermain dengan basikal orang lain pada sekitar pukul 7 malam. Apabila nampak tindakannya itu, Saratha memarahinya, mengapa dia suka pakai basikal orang lain. Sebab Kuhan memakai basikal kepunyaan orang lain itu lebih tiga hari. Dia menegur supaya jangan pakai basikal orang lain dan menasihatnya supaya bagi balik basikal tersebut kepada pemiliknya.

Selepas itu Kuhan Raj dikatakan keluar dari rumah dengan satu beg hitam. Anak kedua daripada 4 adik beradik itu tak pergi ke sekolah semenjak bulan June lalu. Wanita yang berkerja sebagai pengawal itu berkata Kuhan Raj keluar dari rumah tanpa kad pengenalannya. Dia meminta tolong, orang ramai yang nampak Kuhan Raj supaya lapor kepada balai polis berhampiran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here