Kuala Lumpur, Nov 28.
Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) Khaled Nordin menegaskan pihaknya akan mengetatkan lagi aspek calon program Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Bukan semua pemegang PhD “pakar segalanya” beliau mengakui.“Walau adapun ada seseorang yang mempunyai PhD itu dia tidak semestinya jadi pakar dan tahu segalanya. Dia mungkin pakar bidangnya, tapi yang lain-lain mungkin tak mendalam dalam perkara itu, jadi sebab itu kita berhadapan dengan keadaan sebegitu.“Apapun selepas ini kita akan lebih ketat dalam soal menentukan siapa yang boleh mengikuti program PhD dan sebagainya.
Memang malang lebih-lebih lagi ia berlaku dari graduan sebuah universiti ternama seperti USM,” katanya dalam penggulungan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2024, di Dewan Rakyat. Terdahulu, RSN Rayer (PH-Jelutong) meminta supaya KPT menubuhkan pusat atau kawalan akreditasi bagi mengawal pelaksanaan program tersebut memandangkan kualitinya yang “rendah”.
“Semua boleh dapat (PhD) tapi kualitinya dipersoalkan hingga jadi momokan orang luar. Lebih-lebih lagi baru-baru ini ada seorang Ahli Parlimen yang ada PhD kaitkan DAP dengan parti komunis,” katanya.
Ini susulan gesaan Rayer ketika sesi perbahasan supaya kementerian memeriksa pemegang PhD dikeluarkan Universiti Sains Malaysia (USM). Bagaimanapun beliau tidak menyatakan individu dimaksudkan.





















