Ahli Parlimen perlu lafaz Rukun Negara

Kuala Lumpur, Nov 29.
Lafaz ikrar Rukun Negara akan dibaca pada setiap sesi pembukaan penggal Dewan Rakyat, kata Speaker Johari Abdul.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat permohonan daripada Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang.

Saya telah terima permohonan daripada menteri perpaduan mengenai cadangan supaya Rukun Negara dilafazkan secara penuh bermula dengan mukadimah dan diikuti dengan lima prinsip Rukun Negara di Dewan Rakyat.

“Oleh itu, saya masyhurkan agar lafaz Rukun Negara ini dilaksanakan pada setiap sesi pembukaan penggal Dewan Rakyat iaitu pada hari kedua mesyuarat pertama pada setiap penggal Parlimen,” katanya di Dewan Rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here