MIC enggan layan amaran keluar kerajaan

Kuala Lumpur, Nov 29.
MIC enggan melayan amaran seorang pemimpin pemuda PKR kepada parti komponen dalam kerajaan perpaduan supaya meninggalkan kerjasama sekiranya tidak ikhlas bersama pentadbiran Anwar Ibrahim.

Naib Presidennya T. Mohan menyifatkan desakan disuarakan Ketua Pemuda PKR Selangor Izuan Kasim itu sebagai perkara biasa dalam mana-mana perhimpunan atau persidangan parti.Dalam perbahasan mana-mana parti biasalah mereka nak tunjuk hero, sama juga perwakilan PKR itu nak tunjuk . MIC tak ambil hati.

Pada Kongres PKR minggu lalu, Izuan dalam maklum balas kepada Saravanan menyarankan parti komponen kerajaan perpaduan yang tidak ikhlas bersama pentadbiran Anwar supaya meninggalkan kerjasama itu.

Saravanan sebelum itu dilaporkan berkata MIC tidak akan teragak-agak ‘untuk mengambil tindakan selanjutnya’ sekiranya pengiktirafan tidak diberi.

Mohan berkata teguran dibuat Saravanan itu perlu dilihat dari sudut positif yang bertujuan memastikan kerajaan Anwar berfungsi baik.

“Kenyataan minta MIC diiktiraf dalam kerajaan itu biasa bukannya kita ugut dan desak.
“Tak boleh tak tegur kerana ia untuk kebaikan perjalanan pentadbiran kerajaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here