Bekas pemimpin MIC Punithan dijangka umum parti baharu

Petaling Jaya, Nov 30.
Bekas ketua Pemuda MIC Selangor, P Punithan, dijangka akan tubuh satu lagi parti berasaskan kaum India pada pertengahan Disember.

Didapat tahu dari sumber terdekat parti baru itu yang diketuai oleh Punithan lebih cenderung memihak Perikatan Nasional (PN). Penubuhan parti tersebut sudah berjalan berbulan lamanya dan akhirnya dijangka akan mengumumkannya kepada rakyat kira-kira dua minggu dari sekarang.

Sejumlah 160 pemimpin bahagian telah dikenalpasti parti, dan juga sekurang-kurangnya 100 NGO India seluruh negara akan bergabung dengan parti itu.“Kira-kira 70% ahli parti terdiri orang muda, manakala 30% lagi melibatkan beberapa ahli politik dan ahli perniagaan dikenali.” kata sumber itu. Katanya, parti baharu itu juga mensasarkan 200,000 keahlian menjelang penghujung tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here