Rotan Durga Devi sampai mati, Sanderasegaran dipenjara 35 tahun, 12 Sebatan

Putrajaya, Nov 30.
N. Sanderasegaran, seorang bekas pemandu lori dijatuhkan hukuman penjara 35 tahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan membunuh kerana berulang kali merotan teman wanitanya berusia 17 tahun sampai mati.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Zabidin Diah, yang membenarkan rayuan pihak pendakwaan mengekalkan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 2018, turut memerintahkan hukuman penjara Sanderasegaran bermula 28 Feb 2016 dan 12 sebatan.

Tahun lalu, Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman mati Sanderasegaran dengan penjara 20 tahun kerana menyebabkan kematian S. Durga Devi.

Tertuduh memukul mangsa dengan rotan secara berterusan dan terdapat 129 kesan kecederaan di badan.

Sanderasegaran melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Batu Besi, Ladang Sengat, Simpang Pulai, dekat Ipoh antara 11 malam 27 Feb 2016 dan 6 pagi keesokannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here