Dr Mahathir dibenar keluar IJN pagi tadi

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.30 pagi tadi.

Pejabat Dr Mahathir dalam satu kenyataan memaklumkan Dr Mahathir akan meneruskan kuarantin di rumah sehingga Selasa ini (6 September).

Sebelum ini, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemantauan buat beberapa hari seperti yang dinasihatkan oleh pasukan kesihatan, setelah disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here