Dipanah petir Budak lelaki melecur seluruh badan

Kangar, Dis 05
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun cedera dengan kesan melecur pada hampir seluruh badan akibat dipanah petir di Kampung Permatang Kerisek, Simpang Empat, malam tadi.

Ketua Polis Kangar, Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata dalam kejadian 7 malam itu, Muhamad Azizul Jaafar bersama ibunya Nor Lelawati Abu Bakar, 39, sedang berjalan untuk pulang ke rumah mereka dari rumah jiran. Kejadian berlaku ketika hujan. Ibunya keluar dari rumah untuk mengambil kanak-kanak lelaki ini di rumah jiran,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here