Dewan Negara ucap takziah kepada keluarga Daim dan Vadiveloo

Kuala Lumpur, Dis-
Dewan Negara hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri G. Vadiveloo dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin atas pemergian kedua-dua tokoh itu, baru-baru ini.

Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah menyampaikan ucapan itu ketika pembukaan persidangan hari ini dengan meminta semua Ahli Dewan bertafakur selama dua minit sebagai tanda hormat mengenang sumbangan dan jasa pemergian kedua-dua tokoh itu.

Menurutnya, Vadiveloo yang meninggal pada 19 Oktober lalu pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara dari 13 April 1992 sehingga 12 Jun 1995 dan mantan Yang di-Pertua Dewan Negara (1991-1997). , manakala Tun Daim yang meninggal pada 13 Oktober lalu pernah berkhidmat dari 1980 hingga 1982.

Beliau menyifatkan kedua-dua tokoh ini sebagai individu yang berprinsip, pemimpin yang berwibawa dan sahabat yang dihormati.

“Pemergian mereka adalah satu kehilangan besar kepada negara, dan jasa mereka akan terus dikenang. Dewan Negara juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mereka yang hadir sebagai tanda penghormatan,” katanya. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here