Yogeswary Ikhlas Bantu Pesakit Anugerah Daripada YDPA

Kuala Lumpur, Dis 7.

Pengawal keselamatan wanita, Yogeswary, 44, dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) tersenarai sebagai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong pada 19 Disember ini.

Pengiktirafan itu diberikan susulan sifat peramah dan ringan tulang yang dipamerkan ketika bertugas di Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi HRPB sebelum ini apabila sering membantu pelawat untuk meletakkan kereta di ruang parkir bagi memudahkan si suami melawat isteri di wad bersalin.

Selain itu, individu berkenaan turut terkenal dengan perwatakan peramah dan ringan tulang serta suka membantu membukakan pintu kereta, mengangkat barang, menjaga lalu lintas di parkir, menenangkan pesakit yang cemas, serta mengucapkan tahniah kepada ibu yang baharu melahirkan anak di hospital tersebut.

Sikapnya yang sentiasa merendah diri kemudiannya tular di laman media dan meraih pujian melambung daripada netizen serta pesakit yang pernah bertemu dengannya.Berkongsi kegembiraannya di laman Facebook, Yogeswary mengucapkan terima kasih kepada semua pelawat dan sokongan diberikan atas penganugerahan yang diterima.

“Saya nak ucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada semua pelawat yang datang ke HRPB Ipoh, dengan sokongan dan komen-komen anda, saya akan menerima pingat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here