Pemandu Bezza tular dikejar polis dipenjara sebulan, denda RM10,000

Kuala Lumpur, Dis 8.
Pemandu Perodua Bezza dalam video tular dikejar 28 kereta peronda polis (MPV) dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini atas kesalahan memandu secara melulu dan menghalang tugas penjawat awam.

Hukuman ke atas B. Anbarasan, 27, diputuskan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha, selepas tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku salah atas pertuduhan berkenaan.

Tertuduh yang diarah menjalani hukuman penjara mulai hari ini turut hilang kelayakan untuk memandu selama lima tahun dan akan dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Anbarasan didapati memandu Perodua Bezza dengan melulu yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan pengguna kenderaan lain di Jalan Utara, di sini, jam 1.30 pagi, Selasa lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here