Johor Bahru, Dis 8.
Kira-kira 109 bas yang dianggarkan membawa lebih 4,000 penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dari negeri ini berlepas ke Stadium Nasional Bukit Jalil pagi ini, untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu FC (TFC), malam ini.
Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak JDT, Mohd Fadzli Sapie berkata, dianggarkan 600 penyokong dari Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos di Larkin di sini, berlepas 8 pagi tadi.
Selain di Stadium Larkin (Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos) terdapat bas-bas dari tempat lain yang akan sama-sama ke SNBJ untuk memberikan sokongan nanti.





















