Wanita Besi Chandramalar, komisioner polis wanita pertama

Mendiang A.Chandramalar merupakan inspektor polis wanita pertama yang mengetuai Anti-Vice Branch di Pulau Pinang dan memimpin sepasukan 13 anggota polis lelaki dalam misi menyelamatkan kanak-kanak dan perempuan bawah umur daripada sindiket pelacuran dan dadah.

Digelar wanita besi, Chandramalar merupakan inspektor polis wanita pertama yang mengetuai Anti-Vice Branch di Pulau Pinang .

Beliau memulakan kerjaya polis sebagai seorang Inspektor dan bersara sebagai Timbalan Penguasa Polis (ACP). Menariknya, beliau juga terkenal dengan trademark menendang pintu-pintu tempat serbuan dengan hanya satu tendangan.

Chandra dilahirkan pada tahun 1939. Dia dibesarkan di Kluang, Johor. Beliau mula mula menjadi guru sekolah rendah pada tahun 1960. Pada tahun sama juga beliau memasukki PDRM. Oleh kerana mempunyai kelayakan tinggi dalam bidang sukan seperti tembak tanda, seni Judoh, Lawan dengan orang bersenjata dan sebagainya dengan senang beliau dipilih senang ke PDRM.

Selepas dipilih sebagai polis, setelah habis latihan Chandra dilantik sebagai ketua penyiasat di Pejabat Polis Negeri Penang. Beliau berkhidmat sebagai pegawai penyiasat di Mahkamah Majistrate. Pada 1972 beliau menjadi pegawai polis wanita pertama yang mengetuai Anti-Vice Branch di Pulau Pinang dan memimpin sepasukan 13 anggota polis lelaki dalam misi menyelamatkan kanak-kanak dan perempuan bawah umur daripada sindiket pelacuran dan dadah.

Mendiang Chandramalar menjadi inspirasi kekuatan dan kaguman kepada seluruh rakyat India Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here