Media Tak Boleh Promosi Keganasan , Ucapan Benci – Nie Ching

Kuala Lumpur, Dis 15.
Organisasi media tak boleh mempromosi keganasan dalam masyarakat dan ucapan kebencian. Ia tidak mempunyai tempat di Malaysia atau mana-mana masyarakat bertamadun.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata kerajaan boleh mengawal selia, menjalankan kempen penguatkuasaan berdasarkan undang-undang sedia ada dan kempen pendidikan untuk mengajar golongan muda serta tua, agar tidak menerokai media seperti ini.

Kita mesti sedar bahawa dengan hanya melawati (media sebegitu) memberi laman web terbabit algoritma dan kemudian yang lain menyusul.

Menolak kandungan berbahaya bukan hanya baik untuk individu, tetapi untuk negara secara keseluruhan, katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) sempena pelancaran Siri Pembangunan Profesional NPC di sini .

Ranking kebebasan akhbar tidak mencukupi meskipun kita menyasarkan untuk membawa penarafan kita dalam kalangan 30 kedudukan teratas pada tahun-tahun akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here