Lelaki panggil polis, selepas gagal raih hadiah 200 kali main mesin kren

Semua orang maklum mesin ‘claw’ atau mesin kren ialah permainan arked yang menggunakan cakar besi bagi mengambil barang yang berada di dalam mesin tersebut.

Kelihatannya tampa mudah tetapi bagi mereka yang sudah mencubanya, sebenarnya ia amat sukar dikuasai.

Ia juga menjadi penyebab peminat tegar mesin ini bertindak menghubungi polis selepas cubaannya yang ke-200 kali menemui kegagalan.

Ogarun yang gemar bermain mesin claw atau sebagai “UFO Cathers” di Jepun berkunjung ke sebuah arked awal bulan ini.

Selepas 200 kali mencuba nasib tetapi masih gagal mendapat sebarang hadiah, Ogarun berasa sangat kecewa itu bertindak menghubungi polis.

Dia dikatakan turut bergaduh dengan pekerja di arked tersebut menyuarakan ketikakpuasan hatinya.

Setelah mendengar penjelasannya pihak polis yang datang ke premis itu meminta pemilik premis tersebut melakukan demonstrasi membuktikan mesin itu boleh dikalahkan.

Namun pemilik itu juga mengalami nasib serupa dan gagal memperoleh apa-apa selepas mencuba 300 kali sekali gus.

Ogarun yang memuat naik insiden itu di akaun Twitternya turut menunjukkan foto ketika pemilik premis itu beraksi sambil diperhatikan dua pegawai polis.

Selepas mencuba 300 kali pemilik itu mengubah taktiknya dan mengalih beberapa barangan ke sudut lain dan akhirnya berjaya mendapat satu hadiah.

Pihak polis juga tidak membuat sebarang tindakan terhadap pemilik atau arked tersebut.

Status Ogarun menjadi viral dan diulang kicau berkali-kali oleh warga maya selain menerima pelbagai komen.

Malah ada yang berpendapat mesin claw ini mainan yang penuh penipuan.

Gara-gara menerima terlalu banyak komen negatif dari orang ramai, pengeluar mesin tersebut SEGA, terpaksa mengeluarkan satu kenyataan berkaitan produk mereka:
“Permainan kren dicipta untuk memberi keseronokan kepada orang ramai sambil mencuba kemahiran dan nasib mereka. Ketika bermain pula mereka harus sedia maklum ketika memasukkan wang, tidak semestinya mereka berjaya memperoleh hadiah.”

Jadi, jangan buang wang anda pada mesin kren jika anda bermain untuk mendapatkan hadiah, dan bukan untuk berseronok!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here