Tikam rakan wanita selepas jamu makan

Klang, Dis 20
Seorang lelaki sempat makan tengah hari bersama rakan wanitanya sebelum menikam mangsa beberapa kali menggunakan pisau di kawasan parkir restoran terbabit di jalan Bayu Tinggi 5, di sini, semalam.

Lelaki berusia 44 tahun itu kemudian memasukkan mangsa yang berlumuran darah ke dalam kereta, sebelum memandu pulang ke rumahnya di Jalan Sungai Nibong 5 di Kapar, dekat sini.

Sebaik menyedari mangsa tidak lagi bernyawa, suspek menikam badannya sendiri sebelum dia ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang melaporkan seorang wanita ditikam seorang lelaki di lokasi terbabit.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 tengah hari ketika mangsa, 26, berjumpa dengan suspek di restoran terbabit sebelum ditikam berdekatan kereta selepas mereka selesai makan tengah hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here