Tol percuma sempena Krismas pada 23, 26 Disember

Kuala Lumpur, Dis 21.
Pengguna lebuh raya diberi kemudahan tol percuma selama dua hari pada 23 dan 26 Disember sempena cuti perayaan Krismas.

Kementerian Kerja Raya berkata, pengecualian tol diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

Menurut kenyataan itu, pemilihan tarikh pemberian tol percuma berkenaan, yang dipersetujui kementerian dan syarikat konsesi bertujuan mengelak penumpuan trafik pada hari perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here