Restoran berputar Menara KL diarah kosong, henti operasi

Kuala Lumpur, Dis 22.
Restoran berputar Atmosphere 360 di Menara Kuala Lumpur (KL) menghentikan operasi sejak semalam susulan perintah pengosongan premis oleh Mahkamah Tinggi di sini.

Seorang kakitangan restoran itu ketika dihubungi hari ini, mengesahkan pihaknya diberi tempoh dua minggu sehingga 4 Januari depan untuk mengosongkan premis mengikut perintah berkenaan.

Peguam bela Menara KL yang dimiliki Hydroshoppe Sdn Bhd memaklumkan mengenai perintah terbabit yang dikeluarkan mahkamah.

Saya tidak mahu ulas panjang kerana isu ini membabitkan perintah mahkamah, katanya. Pada 5 April lalu, Hydroshoppe Sdn Bhd dan seorang pengarahnya didakwa di dua Mahkamah Sesyen berasingan atas dua pertuduhan termasuk menawar rasuah RM500,000 setahun selama 15 tahun kepada seorang ahli perniagaan bagi faedah bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here