Warga emas maut ditendang gajah

LAHAD DATU 11 OKTOBER 2018. Sebanyak 62 ekor gajah masuk ke ladang kelapa sawit di kawasan Ulu Segama, Lahad Datu. NSTP/IHSAN JABATAN HIDUPAN LIAR SABAH.

Lahad Datu, Dis 26.

Seorang warga emas maut, manakala isterinya parah selepas mereka diserang sekumpulan gajah dalam kejadian di Kampung Perpaduan dekat Skim Begahak di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin, mangsa Lopis Jubin, 90, mati di lokasi, manakala isterinya, Dalama Hamid, 61, cedera parah dan kini dalam rawatan di Hospital Lahad Datu.

Ketika kejadian, pasangan suami isteri itu berada dalam sebuah pondok untuk menjaga kebun ubi mereka sebelum didatangi sekumpulan 12 ekor gajah.

Sebaik menyedari kehadiran kumpulan hidupan liar itu, pasangan terbabit bertindak keluar daripada pondok dan cuba melarikan diri. Bagaimanapun, seekor daripada gajah berkenaan dikatakan mengejar mereka dan menyerang pasangan suami isteri itu termasuk menendang dan memijak kedua-dua mangsa.

Akibat serangan haiwan berkenaan, Lopis disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di dada, mata dan tangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here