Elak kematian pramatang : Dzulkefly gesa rakyat

SEMPORNA –

Kementerian Kesihatan menggesa rakyat supaya memanfaatkan klinik kesihatan di seluruh negara untuk menjalani tapisan kesihatan bagi mengelak kematian pramatang, khususnya yang membabitkan penyakit tidak berjangkit (NCD).

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata NCD adalah antara penyebab utama kematian pramatang kerana kebanyakan masyarakat tidak peka mengenai kepentingan tapisan awal kesihatan.

“NCD paling utama penyebab kematian pramatang ialah darah tinggi atau hipertensi, dan jika bersekali dengan kencing manis, memang resepi untuk kematian pramatang secara serangan jantung atau angin ahmar (strok).

“Justeru, saya minta rakyat terutama golongan B40, supaya membuat tapisan kesihatan (di klinik kesihatan). Ia adalah percuma,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Program Jelajah Kampungku Sihat peringkat Semporna di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here