Kedah umum 25 Jan cuti peristiwa sempena Thaipusam

Alor Setar, Jan 04.
Kerajaan Kedah meluluskan pemberian cuti peristiwa pada 25 January bersempena sambutan Thaipusam.

Menteri Besar Sanusi Md Nor berkata kelulusan itu dipersetujui menerusi mesyuarat exco hari ini.

“Tahun lepas pun bagi (cuti), tahun ini pun bagi dan kita umumkan lebih awal agar penganut Hindu di negeri ini bercuti dan orang lain juga boleh bercuti,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Aman.

Sementara itu, katanya mesyuarat juga bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa ‘The Greater Kedah’ sebagai badan untuk menyediakan laporan pencapaian kerajaan negeri secara tahunan atau suku tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here